fbpx

‘Kantoi’ merokok, Im Young-woong mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IM YOUNG-WOONG

PENYANYI trot popular Im Young-woong mencetuskan kontroversi selepas didapati merokok di dalam kawasan tertutup baru-baru ini.

Dia didapati merokok di belakang pentas sebuah tempat tertutup dan perilakunya disedari peminat menerusi sebuah video yang dirakam oleh Jung Dong-won.

Sedar dengan tindakan salahnya, penyanyi itu kemudian tampil membuat permohonan maaf kepada peminat menerusi komuniti ‘fan cafe’.

“Saya telah melukakan dan mengecewakan hati ramai peminat. Saya perlu memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan.

“Saya benar-benar berasa bersalah atas insiden yang berlaku. Saya bermuhasabah diri dan berjanji akan menjadi seorang yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Agensi penyanyi itu, New Era Project juga tampil membuat permohonan maaf dan berjanji akan lebih berhati-hati serta bertanggungjawab menjaga artis naungan mereka pada masa akan datang.

Pihaknya juga menjelaskan bahawa ketika kejadian, Young-woong mengambil rokok bebas nikotin dalam usaha untuk mengurangkan tabiat merokoknya sejak beberapa tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.