fbpx

Dikompaun RM5,000 ketika cuba rentas daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga penunggang motosikal yang cuba merentas daerah dikompaun RM5,000 di Jambatan Sultan Ismail Petra Pasir Mas hari ini. - Foto Ihsan IPD Pasir Mas

PASIR MAS – Tindakan kurang cerdik empat lelaki mengalihkan penghadang jalan raya yang diletak oleh pihak polis di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong di sini hari ini untuk merentas daerah mengundang padah apabila setiap seorang daripada mereka dikompaun sebanyak RM5,000.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, empat lelaki itu ditahan polis ketika mereka cuba merentas daerah tanpa surat kebenaran polis di kawasan jambatan yang menghubungkan daerah Pasir Mas dan Kota Bharu itu.

Katanya, tiga daripada empat lelaki yang ditahan itu merupakan penunggang motosikal manakala seorang lagi pemandu kereta itu didapati mengalihkan penghadang jalan jenis ‘Water Barrier’ di susur masuk ke jambatan itu.

“Polis menahan kesemua suspek itu selepas melakukan intipan pada pukul 1 pagi tadi.

“Semasa ditahan, kesemua individu terbabit gagal mengemukakan surat permohonan rentas daerah yang sah daripada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, kesemua lelaki yang ditangkap itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI