fbpx

Aqim sempat ucap selamat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR Ain Ismail ditenangkan oleh ahli keluarga dan kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika operasi mencari dijalankan di kolam tadahan air di Taman Arowana Indah, Seremban 2, Seremban, semalam.-Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN- Ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir di longkang memberitahu, anaknya itu sempat mengucapkan selamat tinggal sebelum dihanyut air deras dalam kejadian di sini petang semalam.

Nur Ain Ismail, 27, berkata, perkara itu dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya yang berusia 10 tahun yang bermain bersama Mohammad Syafiq Mustaqim Mohammad Fadly, 8, di longkang Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2 dekat sini.

Kedua-dua adik beradik tersebut bermain di longkang berkenaan bersama seorang lagi rakan mereka berusia 12 tahun sebelum Mohammad Syafiq Mustaqim tergelincir dan dibawa arus air deras dalam kejadian pukul 4 petang ketika hujan lebat.

“Anak saya sempat ucap selamat tinggal pada abangnya ketika kejadian sebelum dibawa arus. Sebelum ini anak saya tidak pernah bermain di longkang berkenaan.

“Selepas dimaklumkan tentang kejadian, saya terus bergegas dari tempat kerja, saya reda tapi harap anak saya dapat ditemukan dengan segera,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi pencarian di kolam tadahan air di Taman Arowana Indah, Seremban 2 di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 4 petang dan telah menggerakkan anggota polis dan bomba ke lokasi kejadian.

“Mangsa dikatakan tergelincir ketika bermain di longkang di Flat Cempaka berkenaan. Sewaktu kejadian, hujan agak lebat dan dipercayai mangsa dihanyutkan dalam air deras.

“Tumpuan pencarian bermula dari tempat kejadian dan secara permukaan dan pihak bomba juga menyediakan pasukan penyelamat di air bagi tujuan mencari,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI