fbpx

TSG rampas Jersi Kuning, kekalkan Jersi Hijau di Rwanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYOB muncul pendahulu keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan peringkat kelima Jelajah Rwanda di kedudukan ketiga kelmarin.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

KELAB berbasikal berstatus benua, Terengganu Cycling Team (TSG) terus cemerlang di bumi Afrika apabila pelumba importnya, Metkel Eyob merampas Jersi Kuning siri Jelajah Rwanda.

Pelumba kelahiran Eritrea berusia 28 tahun itu muncul pendahulu keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan peringkat kelima di kedudukan ketiga kelmarin.

Dalam perlumbaan sejauh 149.3 kilometer itu, Eyob tiba di garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 28 minit 47 saat, hanya dua saat di belakang Alexis Vuillermoz dan Alan Boileau (3:28:45s).

Selepas lima peringkat, Eyob mengumpul masa 16:49:05s untuk muncul pendahulu keseluruhan sekali gus menyarung Jersi Kuning selain mengekalkan status selaku Pelumba Terbaik Afrika (Jersi Hijau).

Kategori berpasukan turut menyaksikan TSG berada di kedudukan keempat daripada 15 pasukan menjelang tiga lagi peringkat sebelum perlumbaan bertaraf 2.1 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu melabuhkan tirai.

Pencapaian Eyob merupakan kedudukan podium kedua buat TSG selepas rakan sepasukan, Carlos Quintero menamatkan perlumbaan peringkat ketiga di tempat kedua pada Selasa lalu.

“Prestasi pelumba TSG semakin mantap memasuki hari kelima perlumbaan dan walaupun dicabar pasukan lain, kami membuktikan TSG juga boleh bersaing.

“Jelajah Rwanda terkenal dengan laluan berbukit mencecah hampir 4,000 meter dari paras laut. Jadi prestasi TSG sudah melepasi sasaran,” kata pengurus pasukan, Mohd. Saiful Anuar Aziz. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI