fbpx

Takaful Ikhlas kongsi kegembiraan bersama barisan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, Takaful Ikhlas General Bhd. (Takaful Ikhlas), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd. dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) mengagihkan juadah yang disediakan dalam mangkuk tingkat buat petugas Institut Kanser Negara (IKN) kelmarin.

Sebanyak 200 mangkuk tingkat berisi juadah tradisi seperti kuih bahulu, aneka biskut raya
dan kek telah diagihkan kepada petugas IKN melalui program Mangkuk Tingkat Ikhlas.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Eddy Azly Abidin berkata, ia tanda penghargaan syarikat kepada doktor, jururawat, pembantu perubatan serta kakitangan sokongan IKN yang telah bekerja keras setiap hari demi menjaga kesihatan pesakit.

“Ini merupakan salah satu cara kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka, wira yang tidak didendang.

“Semoga sumbangan ini dapat menceriakan para petugas barisan hadapan yang tidak jemu berbakti serta menyuntik kegembiraan dalam kalangan mereka ketika menantikan kedatangan Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Mangkuk Tingkat Ikhlas adalah salah satu daripada aktiviti di bawah Ikhlas
Barakah House, yang merupakan inisiatif pengumpulan dana patuh syariah bertujuan
menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI