fbpx

Romania siasat dakwaan Putera Liechtenstein tembak beruang paling besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI seekor beruang jantan yang dipercayai mati ditembak di Romania. – AGENT GREEN

BUCHAREST – Romania menyiasat pembunuhan seekor beruang coklat besar selepas aktivis-aktivis mendakwa bahawa telah ditembak secara haram oleh Putera Liechtenstein semasa pemburuan di Pergunungan Carpathia.

Kumpulan-kumpulan hak haiwan menuduh Putera Emanuel von und zu Liechtenstein membunuh beruang jantan berusia 17 tahun itu semasa pergi memburu dari kediamannya di Austria.

Pengawal Alam Sekitar Nasional (NEG) melancarkan siasatan pada 29 April lalu berhubung kematian seekor beruang daripada spesies dilindungi itu di tengah Romania.

“Kami tahu bahawa seekor beruang betina sepatutnya dihapuskan tetapi kami kemudian menemui bangkai beruang jantan,” kata ketua NEG, Octavian Berceanu kepada agensi berita AFP sambil menambah, bangkai itu masih berada di Romania.

 

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Putera Emanuel von und zu Liechtenstein. – AGENSI

Menteri Alam Sekitar Romania, Tanczos Barna berkata, permit memburu telah dikeluarkan untuk menembak seekor beruang betina yang kerap mengganggu penduduk di Covasna tanpa mendedahkan kepada siapa permit itu dikeluarkan.

Pertubuhan hak haiwan Agen Hijau dan Persatuan Menentang Kilang Haiwan (VGT) cawangan Austria mengenal pasti haiwan mati itu sebagai beruang jantan bernama Arthur.

“Arthur berusia 17 tahun dan merupakan beruang paling besar di Romania dan mungkin juga di seluruh Kesatuan Eropah,” kata Presiden Agen Hijau, Gabriel Paun dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut mengenal pasti Putera Emanuel von und zu Liechtenstein yang menetap di Austria sebagai pemburunya.

“Aktivis-aktivis Agen Hijau dan VGT mengutuk pembunuhan beruang Arthur oleh Putera Emanuel von und zu Liechtenstein yang datang ke Romania pada Mac lalu semata-mata untuk menembaknya,” tambah kenya­taan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI