fbpx

Kavita Sidhu dipuji promosi kebaikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR Kavita (kanan) yang selesai menerima suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca baru-baru ini.

ARTIS contoh! Itu antara respons netizen tentang Kavita Sidhu yang namanya tiba-tiba menjadi bualan netizen baru-baru ini.

Perkara berkenaan tercetus selepas seorang pengguna Twitter memuji Kavita yang menjadi antara artis terawal mengambil vaksin AstraZeneca, sekali gus membantu mempromosi kebaikan vaksin tersebut.

“Dia banyak sebarkan benda positif. Elok saja dia ambil vaksin seperti rakyat biasa, tak perlu potong giliran pun.

“Ketika orang lain sibuk bercuti rentas negeri, dia pula hanya melancong ke Pelabuhan Klang,” tulis netizen berkenaan.

Agak pelik bila nama Kavita disebut netizen tetapi apa yang disampaikan memang perkara yang betul.

Golongan selebriti sepatutnya jadi golongan yang mendidik bukannya ikon untuk diherdik. Jadikan ingatan untuk semua!

MIZZ LAHAR: Penat tengok artis yang suka buat onar!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI