fbpx

APMM tahan bot nelayan Vietnam di perairan Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rashidilhadi (kiri) memeriksa bot nelayan Vietnam yang ditahan pada kedudukan 58 baru nautika dari timur laut perairan Kuala Kemaman dekat Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Keasyikan sebuah bot nelayan Vietnam mengaut hasil laut negara secara haram terbantut apabila ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Kemaman semalam.

Bot yang mempunyai empat kru termasuk seorang tekong itu ditahan ketika sedang menangkap ikan pada kedudukan 58 batu nautika timur laut Kuala Kemaman dekat sini pada pukul 11.15 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, nelayan Vietnam terbabit cuba menggagalkan usaha pasukan penguat kuasa APMM menahan mereka dengan merentangkan tali pukat.

“Mereka juga cuba meloloskan diri dengan memecut laju bot ke sempadan perairan antarabangsa.

“Begitupun usaha nelayan Vietnam itu gagal selepas bot mereka berjaya dipintas kira-kira sejam kemudian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, pemeriksaan terhadap kesemua nelayan berusia 23 hingga 42 tahun mendapati mereka tidak memiliki dokumen penjalanan dan permit kerja yang sah.

Tambah beliau, bot nelayan itu juga tidak memilili kelulusan untuk menangkap ikan di perairan negara daripada Jabatan Perikanan.

“Bot, peralatan menangkap ikan dan minyak diesel sebanyak 1,000 liter yang dianggar bernilai RM1.5 juta telah disita.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI