fbpx

Tawar harga rendah bantu kos menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Razak (kiri) melihat pelanggan membeli barangan di PPHL Kuala Langat hari ini.

KUALA LANGAT – Pusat Pengumpulan Hasil Pertubuhan Peladang Kawasan (PPHL) Kuala Langat terus menjadi destinasi masyarakat setempat di sini memperoleh barangan keperluan dengan harga terus dari ladang menjelang Aidilfitri.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbullah berkata, tren kenaikan harga sama ada sayuran serta daging dan ayam sejuk beku akan tetap berlaku setiap kali musim perayaan dengan pihaknya sebagai pemborong perlu membantu menjual dalam harga rendah.

Katanya, langkah itu dalam membantu atau memastikan kuasa beli pengguna terhadap barangan.

“Contohnya, seekor ayam sejuk beku dipasarkan kami berharga RM17 berbanding dijual di pasar raya yang telah mencapai RM20 seekor.

“Tujuan kita adalah membantu kerajaan dalam mengurang kos hidup rakyat dengan harga rendah,” katanya ketika ditemui di PPHL Teluk Panglima Garang, di sini hari ini.

Beliau menambah, PPK Kuala Langat turut dikunjungi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan dalam melihat sendiri bentuk pemasaran dilakukan dengan harga berpatutan disebalik kenaikan harga sayur-sayuran dan ayam di pasaran.

Mengulas lanjut bekalan barangan sempena musim perayaan, Abdul Razak berkata, pihaknya akan menggandakan bekalan barangan makanan mentah seperti daging, ayam dan sayur-sayuran yang menjadi pilihan utama dalam kalangan penduduk merayakan Aidilfitri.

“Lazimnya, jualan akan meningkat menghampiri lima angka setiap kali musim perayaan setiap tahun,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI