fbpx

Pemilik tahfiz cederakan pelajar dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Farouk

AMPANG JAYA – Polis selesai menjalankan siasatan terhadap kes penderaan kanak-kanak di sebuah pusat tahfiz di sekitar Ampang Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kes berkenaan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang esok.

“Suspek pertama merupakan seorang tenaga pengajar tahfiz yang akan dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata dan pertuduhan kedua pula adalah di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Sementara suspek kedua pula akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan lapan pelajar lelaki berusia antara tujuh hingga 15 tahun yang mendakwa didera oleh pemilik sebuah pusat tahfiz di Taman Tun Abdul Razak pada 26 April lalu.

Polis turut menahan sepasang suami isteri berusia 32 dan 52 tahun yang merupakan pemilik pusat tahfiz terbabit pada pukul 3.45 petang.

Kejadian itu terbongkar selepas salah seorang ibu pelajar berkenaan berjumpa dengan anaknya yang berada dalam ketakutan mendakwa telah ditumbuk dan dirotan sehingga mendatangkan kecederaan pada seluruh tubuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI