fbpx

Arsenal perlu revolusi baharu – Henry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENRY percaya Ek mampu menjadi pemilik Arsenal yang lebih bagus berbanding Kroenke. – AFP

LONDON – Legenda Arsenal, Thierry Henry mengakui, beliau menjadi antara ‘tulang belakang’ buat ahli perniagaan yang juga bilionair dari Sweden, Daniel Ek dalam rancangan untuk membeli The Gunners.

Sebagai rekod, Ek yang merupakan pengasas kepada aplikasi penstriman, Spotify bersedia mengeluarkan modal £1.8 bilion (RM8.9 bilion) untuk membeli Arsenal daripada Stan Kroenke sekali gus mengembalikan era kegemilangan pasukan itu.

Henry mengesahkan Ek ada berbincang dengan beberapa legenda Arsenal seperti Dennis Bergkamp dan Patrick Vieira mengenai perancangannya mengambil alih pucuk pimpinan The Gunners meskipun Kroenke enggan menjual sahamnya pada sebarang harga.

“Saya sudah mendapat ba­nyak mesej mengenai komplot untuk membeli Arsenal dan saya boleh memberi jaminan buat para penyokong bahawa Daniel (Ek) adalah peminat setia Arsenal sejak dari dulu lagi.

“Dia telah menghubungi kami secara peribadi dan mahukan peminat turut serta dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan Arsenal. Ia memandang­kan pasukan ketika ini seperti kehilangan identiti dan DNA mereka.

“Justeru, kami memberi kepercayaan buat Daniel untuk mengetuai misi ini agar proses pembelian pasukan dapat dilakukan dengan cepat. Ia boleh memastikan Arsenal kembali berada pada landasan sebenar,” katanya.

Sebagai rekod, Arsenal yang dibimbing Mikel Arteta hanya mampu menduduki tangga ke­sembilan Liga Perdana Inggeris selepas mengharungi 34 perlawanan setakat ini.

Bagaimanapun, The Gunners masih berpeluang menjulang trofi musim ini apabila dijadualkan menghadapi separuh akhir kedua Liga Europa menentang Villarreal di Stadium Emirates awal pagi Jumaat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI