fbpx
PARA penyokong yang menyertai demonstrasi menceroboh masuk ke kawasan padang menyebabkan aksi United bertemu Liverpool terpaksa ditunda. – AFP

Kedudukan United jadi pertaruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Manchester ­United berdepan kemungkinan dipotong mata jika didapati melanggar peraturan Liga Perdana Inggeris dan Persatuan Bola Sepak (FA) England selepas perlawanan menentang Liverpool kelmarin terpaksa ditunda.

United dijadual menentang Liverpool di Old Trafford pada pukul 4.30 petang kelmarin (waktu tempatan), namun perlawanan terpaksa ditangguhkan selepas hampir 200 penyokong pasukan itu menceroboh masuk ke stadium.

Demonstrasi tersebut berlaku ekoran mereka menuntut pemilik United, keluarga ­Glazer melepaskan kepenti­ngan mereka ke atas kelab tersebut selain ia turut dikaitkan de­ngan keputusan pa­sukan itu menyertai saingan Liga Super Eropah sebelum ini.

“Selepas perbincangan dilakukan bersama pihak polis, Liga Perdana Inggeris, pihak berkuasa tempatan di Trafford dan kelab terlibat, perlawanan ini terpaksa ditunda ekoran faktor ke­selamatan,” menurut kenyataan dikeluarkan United.

Sehubungan itu, Liga Perdana Inggeris telah membuka kertas siasatan mengenai insiden ber­kenaan untuk mengenal pasti punca dan bagaimana kumpulan penyokong ber­kenaan berjaya menceroboh masuk stadium.

Pelan keselamatan yang diguna pakai oleh United kini menjadi persoalan apabila mereka dikatakan hanya mengetatkan kawalan selepas satu jam protes tersebut berlangsung, selain kumpulan penyokong berkenaan juga didapati melanggar peraturan Covid-19.

Menurut peraturan yang digunakan pakai oleh FA England dalam Seksyen 8.3.4 juga, Liverpool boleh dihadiahkan tiga mata percuma ekoran kegagalan United sebagai tuan rumah untuk memastikan perlawanan tersebut berlangsung dengan lancar.

“FA England mempu­nyai kuasa untuk tidak menunda perlawanan sebaliknya tiga mata diberikan kepada pasukan yang didapati tidak bersalah jika ke­gagalan menganjurkan perlawanan kerana masalah di­sebabkan oleh kelab berkenaan atau penyokong mereka,” demikian menurut peraturan seperti yang tertulis.

Namun, United masih memiliki peluang untuk mencabar peraturan itu kerana perlawanan tersebut tidak dapat diadakan setelah mendapat nasihat daripada polis yang tidak mampu menjamin keselamatan dan bukan di­sebabkan mereka enggan ­beraksi. – AGENSI