fbpx

Dua wanita antara dipenjara kes pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita masing-masing dihukum penjara empat bulan atas tuduhan pecah rumah di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Enam individu termasuk dua wanita dijatuhi hukuman penjara antara empat hingga 11 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan pecah rumah di Persiaran Aman Jaya, Bandar Amanjaya di sini, bulan lalu.

Mereka ialah Mohd. Shahir Harun, 32; Muhamad Fahmi Adnan, 24; Mohd. Zainol Rashidie Abdul Ghani, 26; Rosli Hamid, 54; Siti Salbiah Awang, 35, dan Nurul Izzatie Ruslizan, 24.

Kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Nadhirah Abdul Rahim.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas mencuri peralatan rumah dan dapur di rumah milik Mohd. Husainizam Husain, 44, di Bandar Amanjaya di sini antara pukul 2 pagi hingga 2 petang, 22 April lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dua tertuduh iaitu Mohd. Shahir dan Rosli turut didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan atas kesalahan melupuskan barangan curi berupa sebuah televisyen jenama Sharp pada tarikh dan hari yang sama di Kampung Pengkalan Lebai Man di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI