fbpx

Cari rakan hilang, jumpa mayat tergantung atas pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemui tergantung di atas pokok di kawasan berbukit di Kampung Alor Lek dekat Setiu hari ini.

SETIU – Beberapa penduduk Kampung Hulu Sat, Hulu Terengganu memasuki kawasan belukar untuk mencari rakan mereka yang hilang sejak hampir sebulan lalu gempar apabila terserempak dengan satu mayat seorang lelaki di Kampung Alur Lek dekat sini hari ini.

Mayat lelaki yang masih belum disahkan identitinya itu dijumpai tergantung di atas pokok di kawasan berbukit pada pukul 8.30 pagi.

Mohd. Rauf Mat Hasan, 25, berkata, dia dan beberapa penduduk kampung lain sedang mencari rakan mereka berusia 30-an yang sebelum ini dilaporkan hilang kira-kira seminggu sebelum 1 Ramadan lalu.

“Saya dan tiga rakan sekampung memutuskan untuk memasuki kawasan belukar ini pada pagi tadi selepas motosikal lelaki tersebut ditemui di kawasan berhampiran pada pukul 2.30 petang, semalam.

“Sewaktu berhenti rehat, saya telah terpandang satu objek tergantung di atas pokok yang kemudiannya disahkan sebagai mayat sudah mereput,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd. Rauf tidak menolak kemungkinan mayat yang sudah mereput itu adalah rakan sekampungnya yang hilang berkenaan.

Begitupun, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI