fbpx

Andi Bernadee selamat jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDI BERNADEE

PETALING JAYA – Selepas sebulan menahan kesakitan, Andi Bernadee, 29, bakal menjalani pembedahan membuang batu karang di sebuah pusat perubatan, jam 1 tengah hari tadi.

Pengurusnya, Nasir Deraman berkata penyanyi dan pelakon itu dikejarkan ke hospital apabila mengalami semula rasa sakit selepas berbuka puasa pada Sabtu lalu.

“Andi sempat menghadiri satu acara pelancaran produk petang kelmarin kerana sudah berjanji dengan penganjur walaupun menahan kesakitan sejak awal pagi.

“Usai majlis, dia terus dibawa ke klinik bagi mengambil suntikan tahan sakit . Selepas berbuka sakitnya datang kembali dan kami bawa dia ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Setakat ini saya dimaklumkan buah pinggangnya bengkak kesan daripada batu karang itu. Pembedahan secara laser itu dijalankan hari ini. Doakan urusannya dipermudahkan,” katanya kepada K! Online.

Terdahulu, pelantun lagu Shimmy itu berkongsi gambar menerusi Instagram dirinya sedang terbaring di katil hospital dengan memperlihatkan tangan yang dicucuk jarum.

Sementara itu, Nasir berkata, berikutan keadaan kesihatan Andi yang memerlukan tempoh untuk pulih, beberapa projek yang sudah dipersetujui sebelum ini terpaksa ditunda.

“Kami memohon maaf di atas kesulitan ini. Insya-Allah selepas hari raya Andi dapat bekerja semula. Saya sudah memaklumkan kepada pihak berkaitan mengenai situasi ini.

“Sepatutnya dia menyelesaikan penggambaran drama berjudul Perisik Cinta Tak Di Undang yang dijadualkan hampir tamat pada 11 Mei ini sebelum menyambung semula babak akhir selepas raya.

“Apa pun kita doakan Andi pulih segera. Sebenarnya ini kali ketiga dia menahan sakit teruk seperti kelmarin tetapi tak sempat buat pemeriksaan rapi kerana terlalu sibuk bekerja,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI