fbpx
MAYA berkongsi kegembiraan dapat kembali bertemu dengan adiknya, Irina.

Maya dah boleh raya dah!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBERAPA minggu lalu, pelakon dan juga penyanyi Maya Karin ada meluahkan kerinduan terhadap keluarganya yang sudah lama tidak ditemui.

Semuanya gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Tetapi menerusi satu perkongsian dalam Instagram selebriti tersebut baru-baru ini, Maya akhirnya dapat juga bertemu dengan adiknya selepas lebih daripada setahun terpisah jarak.

Cantiknya adik kepada selebriti yang terkenal dengan watak hantu puntianak itu.

Dalam kapsyen yang dikongsikan, Maya berkata, adiknya kini sedang menjalani kuarantin dan akan bertemu dengannya nanti.

Dua hari kemudian, penantian Maya berakhir juga. Dia membuatkan peminat ikut rasa sebak saat menyambut ketibaaan adiknya Irina Melati. Diva pun tumpang rasa sedih. Rasa nak balik peluk adik juga.

DIVA: Kecoh pasal isu bayaran antara Tya Ariffin dan Fauziah Nawi. Lain kali cakap terus-terang ya Tya, jadikan iktibar!