fbpx

Lelaki maut jatuh tingkat 23 kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PENAMPANG – Seorang lelaki berusia 27 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Bundusan semalam.

Mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tingkat bawah kondominium berkenaan kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sepasukan polis ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut sejurus dimaklumkan mengenai kejadian terbabit.

“Kita menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah kondominium itu dan didapati sudah meninggal dunia.

“Siasatan awal mendapati, lelaki terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat 23 kondominium berkenaan ketika memanjat untuk cuba masuk ke rumah sewa teman wanitanya melalui tingkap di bahagian dapur.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI