fbpx

260,000 vaksin AstraZeneca habis ditempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kesemua 260,000 vaksin AstraZeneca habis ditempah oleh orang ramai dalam tempoh tiga jam sahaja sejak ia dibuka pada pukul 12 tengah hari tadi.

Pemantauan Kosmo! di laman Twitter Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendapati orang ramai berkongsi rasa gembira setelah berjaya menempah slot suntikan vaksin AstraZeneca.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin dalam ciapannya mengesahkan semua slot suntikan vaksin AstraZeneca sudah habis ditempah kira-kira pukul 3.20 petang.

Kesemua slot vaksin AstraZeneca habis ditempah.

“Saya meminta maaf atas gangguan sistem (ketika tempahan dibuka). Anda masih boleh klik pada kotak kelabu bagi meletakkan diri di dalam senarai menunggu untuk dua jam berikutnya.

“Kami akan berikan tarikh janji temu menerusi MySejahtera atau khidmat pesanan ringkas dalam masa terdekat,” katanya.

Rata-rata pengguna di laman Twitter menyatakan menempah slot janji temu vaksin itu seolah-olah membeli tiket konsert artis terkenal.

“Selepas berhempas pulas menunggu sistem yang asyik ‘loading’ akhirnya dapat juga, syukur,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI