fbpx

Video kekecohan tular, Tya Arifin mohon maaf kepada Fauziah Nawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYA ARIFIN

PETALING JAYA –  Pelakon dan menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin meminta maaf kepada Fauziah Nawi susulan penyebaran video kekecohan yang berlaku di lokasi penggambaran drama pendek kempen produk keluaran syarikatnya.

Katanya, ramai individu meninggalkan komen dan tidak ketinggalan menghantar mesej peribadi kepadanya bertanyakan mengenai paparan video tersebut yang menunjukkan Tya memujuk aktres berpengalaman itu.

 “Terlebih dulu saya nak memohon maaf atas penyebaran video yang tular dalam TikTok mahu pun Twitter. Saya patut jelaskan apa yang terjadi supaya tidak disalah erti pihak luar.

“Semuanya hanyalah salah faham antara pihak saya dan ibu Fauziah. Kelemahan komunikasi menjadi punca sehingga ibu Fauziah menyangka projek tersebut sekadar drama pendek membabitkan pelajar universiti.

“Selepas diberitahu ini merupakan kempen produk Mutyara dan ibu tahu soal bayaran, dia mula persoalkan bayaran. Disingkatkan cerita, di akhir perbincangan saya dan pasukan setuju bayaran baru  supaya kami dapat meneruskan penggambaran pada hari itu,” katanya.

VIDEO tular memaparkan berlaku sedikit kekecohan antara Fauziah dengan Tya ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama pendek.

 

Semalam, satu video amatur yang menunjukkan Tya memujuk dan cuba menenangkan pelakon itu tersebar sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya mengenai situasi sebenar yang berlaku.

Sesudu Kebahagiaan adalah drama pendek berdurasi lima minit untuk kempen produk yang menggandingkan bintang dihormati ramai itu sebagai ibu, manakala Tya menjadi anak.

 “Alhamdulillah, kami dapat menyelesaikan penggambaran pada hari itu pukul 5 petang. Saya juga sangat berbesar hati dapat berlakon dengan pelakon senior yang sangat baik,” katanya yang turut berharap perkara tersebut akan menjadi pengajaran kepada semua. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI