fbpx

Wanita warga asing ditahan palsukan borang rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga asing yang ditahan kerana memalsukan borang rentas negeri di SJR Tol Bentong, Bentong di sini.

BENTONG – Taktik seorang wanita warga asing menggunakan salinan borang rentas negeri individu lain yang dipalsukan gagal mengaburi pihak polis apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Tol Bentong di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, wanita berusia 38 tahun itu ditahan ketika pemeriksaan terhadap 16 individu dalam sebuah bas ekspres yang menghala ke Kuantan kira-kira pukul 11.30 tengah hari.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati perempuan tersebut mendapatkan borang rentas negeri daripada salah seorang rakannya.

“Daripada temubual, suspek memperolehi borang tersebut daripada seorang rakannya bernama ‘Lam’ dan telah ‘scan’ borang rentas negeri yang pertama seterusnya menggunakan borang yang disalin untuk kegunaan kali kedua,” katanya di sini hari ini.

Borang rentas negeri yang dipalsukan wanita warga asing berkenaan.

Tambahnya, berdasarkan rekod daripada balai polis yang mengeluarkan borang tersebut mendapati tiada nombor siri seperti dinyatakan dalam borang rentas negeri tersebut.

Dalam pada itu katanya, suspek direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya sekiranya disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman denda RM4,000 bagi kesalahan individu manakala denda RM20,000 untuk kesalahan melibatkan perbadanan atau syarikat.

Sementara itu Zaiham berkata, polis akan terus mengetatkan pemeriksaan jalan raya di semua SJR antara negeri dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar peraturan ditetapkan.

“Polis mengingatkan orang ramai yang hendak membuat perjalanan rentas negeri agar tidak mengambil tindakan dengan mengemukakan borang rentas negeri yang telah diubah suai dengan niat memalsukan dokumen tersebut,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI