fbpx

Bubu naga haram dipasang nelayan dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bubu naga yang dirampas pasukan peronda APMM Melaka dan Negeri Sembilan dalam operasi di sekitar perairan Klebang, Melaka, semalam.

MELAKA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan berjaya merampas bubu naga dipercayai digunakan secara haram oleh nelayan di sekitar perairan Klebang, dekat sini semalam.

Pengarah APMM Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, bertindak atas aduan awam, satu operasi telah dilakukan sepasukan bot peronda pada pukul 2 petang itu.

“Berdasarkan aduan, satu operasi mengesan bubu naga ini dilakukan dan bot ronda Maritim telah menemukan botol-botol air mineral terapung di permukaan air dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, botol air mineral itu merupakan penanda kepada lokasi pemasangan bubu naga berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, berikutan itu pasukan peronda telah meluaskan radius pemeriksaan dan menemui bubu naga di tiga lokasi berasingan sekitar kedudukan 1.0 batu nautika barat muara Sungai Lereh, Klebang.

“Kesemua tiga set bubu naga dengan anggaran nilai RM300 telah rampas kerana penggunaannya adalah tidak dibenarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia sejak November 2018.

“Penggunaan bubu naga boleh menyebabkan perairan negara berdepan masalah kekurangan hasil laut kerana benih dan ikan kecil turut terperangkap dalam bubu naga berkenaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI