fbpx

SAM mahu wartawan ke Tokyo Olimpik terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORISMADI (kanan) bersama Norza (tengah) dan Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd. Nazifuddin Mohd. Najib (kiri) dalam sidang akhbar di Wisma MOM hari ini.

PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) sedia mengemukakan permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi ahli-ahlinya yang akan bertugas pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun bermula Julai depan.

Ia berdasarkan lebih daripada 50 wartawan sukan daripada pelbagai agensi media telah membuat permohonan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menyediakan liputan berkenaan kontinjen negara di Tokyo dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Presiden SAM, Norismadi Abd. Manap menjelaskan, permohonan rasmi itu akan melalui MOM yang akan memanjangkan perkara tersebut kepada KBS mengikut saluran ditetapkan.

“Kami menghormati dan menghargai peranan MOM, jadi kami berharap ini akan memberi kesan positif buat pengamal emdia yang akan mengikuti kontinjen dan membuat liputan pada temasya berkenaan.

“SAM akan memastikan rakan-rakan media membuat liputan di Olimpik Tokyo 2020 nanti mendapat suntikan vaksin.

“Mereka perlu bertanggungjawab dengan SOP (prosuder operasi standard) ditetapkan dan ia perlu bermula dari sini,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat bersama barisan Exco SAM 2020-2023 ke Wisma MOM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyokong permohonan itu kerana beliau menyifatkan wartawan juga adalah petugas barisan hadapan kerana turut mengambil risiko dalam menyediakan liputan.

“Saya sendiri akan berhubung dengan menteri-menteri yang terlibat untuk menentukan keperluan penulis-penulis sukan yang terlibat dengan berita diberikan perhatian serius,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI