fbpx

Empat jejaka bangkitkan Sedar Ku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT penyanyi lelaki naungan Indigital Music, Killa Driz, Syafiq Naser, Syahfi Irfan dan Aliff Iskandar bergabung vokal menerusi single kerohanian, Sedar Ku.

MENYAMBUT kehadiran bulan Ramadan dengan penuh kesyukuran, empat artis baharu naungan Indigital Music hadir dengan buah tangan terbaru berjudul Sedar Ku.
Jika diamati bait lirik Sedar Ku bukan sahaja memberikan nasihat tetapi dalam masa yang sama mengajak semua insan mendekatkan diri dengan Tuhan.

Bagi Syahmi Irfan, Syafiq Naser, Aliff Iskandar dan Killa Driz, mesej yang dititipkan melalui Sedar Ku bukan sahaja membawa mereka terkenangkan kembali perjalanan hidup silam tetapi membuatkan sesiapa sahaja mahu menjadi insan yang lebih baik demi hari esok.

“Memang benar, perjalanan hidup kita berbeza. Apa yang dilalui juga tidak sama antara satu sama lain. Apabila membaca dan ‘menghadam’ sendiri kisah yang ditulis melalui lagu ini, membuatkan saya terfikir banyak perkara.

“Apa yang telah kita buat selama ini? Adakah cukup amalan dan kebaikan kita? Semua ini bermain dalam fikiran dan membuatkan saya perlu melakukan sesuatu sebelum terlambat,” kata Syafiq yang popular dengan lagu Lenggang.

SYAHMI IRFAN

Baginya, lirik tulisan Iman Imran dan Killa Driz tersebut begitu menusuk hati. Pandangan sebegitu dipersetujui oleh Syahmi Irfan.

Dia menganggap Sedar Ku sebagai sebuah karya yang mampu membawa sesiapa sahaja berfikir sejenak untuk muhasabah diri.

Ditambah dengan kehadiran bulan Ramadan, lagu berkenaan bagaikan simbolik kesedaran tetapi dalam masa yang sama ‘menyucikan’ jiwa untuk bersujud kepada Tuhan.

“Kita mungkin terlalu sibuk mengejar banyak perkara tetapi dalam masa yang sama terlupa dengan kekurangan dan kekhilafan diri.

“Jadi dengan adanya ‘ingatan’ melalui lirik sebegini, semoga dapat memberikan kesedaran kepada semua.

“Saya gembira dapat bersama-sama rakan-rakan yang lain menyanyikan lagu ini. Ini memang satu penghormatan besar untuk penyanyi baharu seperti kami,” kata Syahmi yang pernah merakamkan lagu Mungkir bersama Aufahanie sebelum ini.

Sedar Ku berkisarkan nafsu, amarah dan noda yang biasanya bersembunyi di sebalik perkataan cinta.

SYAFIQ NASER

Segala-galanya ditolak ke tepi saat cinta menguasai hidup padahal setiap hamba perlu meletakkan cinta kepada Yang Maha Esa di hadapan berbanding dengan perkara lain.

Hakikat sama turut diakui Aliff Iskandar yang popular dengan lagu Perit.

Jelasnya, kehadiran bulan yang penuh dengan rahmat ini bukan sahaja perlu disyukuri seluruh umat Islam tetapi dalam masa yang sama perlu meninggalkan perkara yang kurang baik.

“Kita perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain memandangkan hidup ini terlalu singkat untuk terus berbuat dosa.

“Ingatan itu bukan sahaja melalui nasihat atau ceramah semata-mata sebaliknya boleh melalui apa sahaja medium termasuk lagu dan muzik.

“Sedar Ku banyak menitipkan nasihat dan ingatan. Ini sedikit sebanyak membuatkan sesiapa sahaja terfikir dengan mesej yang disampaikan.

“Saya berharap semua yang mendengar dapat mengambil sesuatu daripada lirik yang hendak disampaikan,” kata penyanyi yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu lagi.

ALIFF ISKANDAR

Lirik rap

Bagi Killa Driz pula, dia beruntung kerana dapat berganding bahu bersama dengan Iman Imran menghasilkan lirik untuk rap untuk lagu ini.

Segalanya dicerna dengan mudah memandangkan asas utama penulisan lirik Sedar Ku sudah dihasilkan terlebih dahulu oleh penulis pemenang trofi Juara Lagu berpengalaman itu.

“Semua orang melakukan dosa dan semua orang juga akan menyesal dengan apa yang telah terjadi.

“Jadi berdasarkan pengalaman yang dilalui, saya tulis lirik rap untuk menyedapkan lagu ini.

KILLA DRIZ

“Harap semua orang dapat menerima mesej yang ingin disampaikan,” kata Killa Driz yang baru sahaja melancarkan lagu Siapa Tahu dan Kene Sidai baru-baru ini.

Menariknya, lagu Sedar Ku juga menjadi runut bunyi drama bersiri Bila Syaitan Berbisik yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 12 April lalu pukul 11 malam menerusi Astro Ria.

Antara pelakon terlibat dalam naskhah berkenaan termasuklah, Lah Ahmad, Azar Azmi, Kamal Adli, Uyaina Ashad dan ramai lagi.

Sedar Ku berentak balada nukilan Natasyah, Mazlan Setapa dan Hafiz Dot tersebut dilancarkan secara rasmi sejak April lalu melalui semua platform digital dan boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI