fbpx

Covid-19 menggila, Ajay Devgan tetap berdegil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AJAY DEVGAN

KINI sudah hampir seminggu sejak negeri Maharashtra di barat India diarah menjalani perintah kawalan pergerakan secara keseluruhan akibat gelombang kedua penularan Covid-19.

Bagaimanapun, pelakon dan juga pengarah, Ajay Devgan masih berdegil dan sibuk menjalani penggambaran untuk projek terbaharunya sejak dua bulan lalu menerusi sebuah filem berjudul MayDay.

Bukan itu sahaja, suami kepada aktres Kajol itu juga dikhabarkan telah bersiap sedia untuk turun padang bagi melakukan penggambaran sebuah lagi filem berjudul Maidaan tidak lama lagi.

“Bohong kalau saya tidak bimbang dengan gelombang kedua Covid-19 yang sedang ‘menggila’ di India ketika ini.

“Justeru, saya berharap supaya pemberian suntikan vaksin secara menyeluruh dapat dibuat secepat mungkin,” katanya.

Ujar pelakon berusia 59 tahun itu, dia enggan menangguhkan penggambaran filem berkenaan dan berjanji akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengawal penularan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI