fbpx

Trafik penumpang udara naik 50 peratus jika boleh rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukrie Mohd Salleh (tengah) menyampaikan sumbangan pek #MYAirportCARES kepada wakil Persatuan Teksi Budget Airport Subang, Tambi Chik Hassan (kanan) pada majlis penyerahan #MYAirportCARES Ceria Ramadan 2021 di Ibu Pejabat MAHB di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

SEPANG –  Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka mampu mencapai kenaikan jumlah trafik penumpang sekurang-kurangnya sehingga 50 peratus sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba sekiranya kerajaan membenarkan pergerakan antara negeri untuk pengembaraan sektor domestik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, bagaimanapun, ia semua tertakluk kepada kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan.

“Jika sebaliknya, jumlah trafik penumpang adalah sekitar 10 hingga 15 peratus sahaja pada hari biasa manakala pada hujung minggu sekitar 20 peratus,” katanya dalam sidang akhbar selepas  menyempurnakan sumbangan Program #MYAirportCARES Ceria Ramadan di Pejabat Korporat Malaysia Airports di sini semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Mohd. Shukrie berkata, MAHB menzahirkan komitmennya untuk meringankan beban golongan yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 menerusi program tanggungjawab korporat (CR) #MYAirportCARES Ceria Ramadan.

“Selaras dengan janji penjenamaan organisasi iaitu menjalin hubungan ceria, program itu merupakan salah satu usaha Malaysia Airports untuk menabur bakti kepada komuniti yang bermukim di sekeliling lapangan terbang.

“Secara keseluruhannya, seramai 1,000 penerima melibatkan tiga buah negeri iaitu Selangor dengan 400 penerima, Kedah (300 penerima) dan Terengganu (300 penerima) akan menerima sumbangan daripada kami.

“Kami sedia maklum telah ada penambahan ramai lagi golongan yang kurang berkemampuan akibat pandemik Covid-19. Jadi sebagai syarikat berkaitan kerajaan yang telah lama berbakti kepada negara, pihak Malaysia Airports amat prihatin dengan situasi yang sedang kita hadapi,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI