fbpx

Remaja edar dadah ditahan, rampas syabu bernilai RM84,824

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Hamizi (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas dalam serbuan membabitkan seorang remaja lelaki Taman Telipok Ria Sabtu lalu. -Foto IHSAN IPD TUARAN

TUARAN – Seorang remaja lelaki dipercayai baru bergiat akitif dalam pengedaran dadah sejak beberapa minggu lalu ditahan dalam serbuan di Taman Telipok Ria, di sini Sabtu lalu.

Remaja berusia 19 tahun itu juga dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, susulan penangkapan itu, polis berjaya merampas dadah jenis syabu lebih 2.11 kilogram seberat 2,118.84 gram yang dianggarkan bernilai RM84,824 berdasarkan harga pasaran semasa.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan Toyota Avanza daripada suspek yang turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan jenayah dadah.

“Suspek yang juga warga tempatan kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hamizi, siasatan akan diteruskan dalam usaha untuk memutuskan rantaian pengedaran dadah di kawasan Taman Telipok Ria.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI