fbpx

Malaysia capai sifar kes malaria tiga tahun berturut-turut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya mencapai sasaran sifar kes jangkitan Human Malaria Indigenous untuk tiga tahun berturut-turut bermula dari tahun 2018 hingga 2020.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kejayaan itu hasil daripada Pelan Strategik Eliminasi Malaria Kebangsaan (PSEMK) yang dilancarkan pada tahun 2011.

Menurutnya, bermula tahun 1961, Malaysia telah melaksanakan beberapa program seperti Program Eradikasi Malaria, Program Kawalan Malaria dan terbaharu PSEMK.

Katanya lagi, PSEMK dibentuk oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mencapai sasaran eliminasi malaria menjelang tahun 2020.

“Walaupun dengan cabaran pandemik Covid-19, Malaysia meneruskan komitmen mengatasi segala kekangan dan meneruskan usaha khususnya dalam eliminasi malaria.

“Malaysia adalah salah satu negara di rantau Asia Pasifik yang telah layak untuk memohon pensijilan Eliminasi Malaria daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di Dewan Serbaguna KKM hari ini.

Katanya lagi, walaupun kejadian jangkitan malaria semakin berkurangan di Malaysia namun kita tidak boleh berasa selesa dan mengambil sikap sambil lewa.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI