fbpx

Dua sahabat maut dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dua mangsa yang dipanah petir dibawa ke Klinik Lanchang sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh di Temerloh.

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

TEMERLOH – Keseronokan lima sahabat memancing di sebuah kolam berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya maut di panah petir di Kolam Ikan Empang Kampung Cempaka, Lanchang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu kedua-dua mangsa iaitu Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20, dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27, bersama tiga lagi rakannya pergi memancing di kolam berkenaan pada pukul 12.30 tengah hari.

“Sebelum kejadian, dua mangsa berkenaan dikatakan berteduh di bawah pokok di tepi kolam itu ketika hujan lebat disusuli dengan petir, manakala seorang rakannya balik ke rumah untuk mengambil telefon bimbit yang tertinggal.

“Ketika dua orang rakan lagi berkemas untuk pulang, tiba-tiba mereka melihat kedua-dua mangsa yang berteduh di bawah pokok rebah dan dipercayai pengsan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Yusri, rakan mangsa membawanya ke Klinik Lanchang dan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di klinik itu.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI