fbpx

PKPD Penjara Tapah dan Kampung Meruntum ditamatkan mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah, Perak dan Kampung Meruntum, Putatan, Sabah mulai esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan menamatkan PKPD di kedua-dua lokaliti itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat penurunan kes dengan kluster terkawal.

Selain itu katanya, semua kontak rapat juga telah disaring dan tiada lagi sampel ujian menunggu keputusan.

“Bagi kes di Penjara Tapah, sehingga semalam KKM telah melakukan 3,572 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatifnya, 921 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Sementara itu, bagi kes di Kampung Meruntum pula, KKM telah melakukan 127 ujian saringan dan 22 daripadanya positif Covid-19,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, atas faktor itu, kerajaan hari ini bersetuju menamatkan PKPD di kedua-dua lokaliti itu seperti yang dijadualkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI