fbpx

1,070 burung Murai bernilai RM66,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara burung Murai yang dirampas Perhilitan dalam operasi di Taman Wawasan, Kelapa Sawit, Kulai, Johor, kelmarin.

KULAI – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berjaya membongkar kegiatan penyeludupan haiwan liar melibatkan sebanyak 1,070 ekor burung dalam satu operasi di Taman Wawasan, Kelapa Sawit di sini kelmarin.

Pengarahnya, Salman Saaban berkata, rampasan itu melibatkan sejumlah 1,000 ekor burung Murai Kampung dan 70 ekor burung Murai Batu.

Katanya, kesemua hidupan liar yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM66,000.

“Operasi pada pukul 7.30 malam yang disertai seramai tujuh pegawai dan anggota Perhilitan itu menyaksikan satu pemeriksaan dibuat ke atas sebuah kenderaan jenis Toyota Estima yang diletak di sebuah premis.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan dan premis berkenaan, kita menemukan 70 ekor burung Murai Batu dan 1,000 ekor burung Murai Kampung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perhilitan Johor turut membuat rampasan terhadap beberapa barangan lain termasuklah kenderaan terlibat, satu unit telefon bimbit dan 74 bakul plastik dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM150,000.

Tambah Salman, dalam operasi itu juga pihaknya telah memeriksa seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dan keterangannya akan diambil untuk membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk menyimpan hidupan liar tersebut. Suspek juga disyaki cuba menyeludup hidupan liar tersebut ke negara jiran,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah dibuat dan kesemua barang kes telah dibawa ke pejabat Perhilitan Bandar Penawar untuk tindakan selanjutnya.

“Suspek akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” jelasnya lagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI