fbpx

Tiga peniaga tiruan dicekup bersama 10,000 kasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP Selangor menunjukkan kasut tiruan dirampas pihaknya dalam beberapa serbuan sekitar Lembah Klang kelmarin.

SHAH ALAM – Kegiatan tiga peniaga kasut tiruan sejak tiga tahun lalu berakhir apabila diserbu pihak berkuasa dalam tiga serbuan berasingan, kelmarin.

Dalam Ops Jeriji pukul 11.30 pagi itu, menahan kesemua suspek berusia 22 tahun hingga 46 tahun di premis masing-masing di Taman Desa Sijangkang di Telok Panglima Garang ; Pelangi Square Petaling Jaya dan Space U8 Shah Alam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan itu hasil pemantauan dan risikan selama dua minggu dengan mendapati premis perniagaan dijadikan stor dan pusat edaran kasut tiruan.

Katanya, mereka menggunakan modus operandi seperti Facebook dan Instagram dengan menyasarkan jualan secara borong kepada peniaga pasar malam dan peniaga atas talian yang lain sekitar Lembah Klang.

“Hasil serbuan menemui hampir 10,000 pasang kasut jenama terkenal seperti Vans, Adidas dan Nike daripada tiga lokasi premis tersebut.

“Nilai barangan tiruan yang dirampas pada hari kejadian mencecah RM300,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, siasatan lanjut mendapati kasut-kasut berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negara China dengan melibatkan kos RM15 hingga RM30 sepasang. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI