fbpx

Tiada keperluan untuk vaksin di UAE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN HAKIM antara pemain kebangsaan yang beraksi di luar negara dan mereka akan dibawa bersama Harimau Malaya ke UAE meskipun belum menerima suntikan vaksin Covid-19. – KV KORTRIJK

Pemain Harimau Malaya di luar negara tetap dibawa bersama

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan, tonggak Harimau Malaya yang berpangkalan di luar negara akan tetap dibawa ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) walaupun belum menerima suntikan vaksin Co­vid-19.

Menurutnya, vaksin bukan kriteria dan keperluan di UAE, sebaliknya ia sebagai proses melindungi dan memastikan tiada kluster dalaman pasukan apabila menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula Jun depan.

“Pemain kita dikira sebagai orang asing di negara berkenaan dan mungkin kerajaan di sana mahu memberi keutamaan kepada rakyat mereka dahulu.

“Pasukan akan berlepas 20 Mei depan. Pemain kebangsaan yang berada di luar negara akan terus ke Dubai menyertai pasukan di sana dalam gelembung yang disediakan oleh UAE.

“Buat masa ini perbincangan masih dijalankan, namun tiada keperluan untuk vaksin di UAE,” katanya selepas Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengadil FAM bagi penggal 2021 hingga 2022 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Stuart turut menegaskan, pihaknya tiada masalah untuk mengeluarkan bayaran mendapatkan vaksin Covid-19 buat pemain-pemain kebangsaan yang beraksi di luar negara.

Antara pemain negara yang beraksi di luar negara ketika ini ialah Luqman Hakim Shamsudin bersama KV Kortrijk di Belgium, Liridon Krasniqi (Newcastle Jets di Australia), Dominic Tan (Police Tero di Thailand) dan Junior Eldstal (Chonburi FC di Thailand).

Dalam perkembangan sama, lima lagi pemain Harimau Malaya yang tidak menerima suntikan vaksin pada Isnin lalu iaitu empat bintang Selangor FC, Brendan Gan, Shahrel Fikri Fauzi, Syahmi Safari dan Khairulazhan Khalid serta pemain muda Melaka United, S. Kumaahran telah selesai menerimanya semalam.

Sebagai rekod, Harimau Malaya akan menghadapi beberapa aksi persahabatan di Dubai, UAE bulan depan sebelum memulakan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI