fbpx

Dipukul kerana ekzos bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Amar

KLANG – Malang menimpa seorang remaja apabila dipukul sekumpulan lelaki akibat bunyi bising yang dikeluarkan ekzos motosikalnya dalam kejadian di Menara Maju di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam, mangsa berusia 16 tahun itu lebam di seluruh badan dan kepala akibat dipukul menggunakan kayu dan topi keledar.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss telah ditahan dan dimarahi seorang lelaki disebabkan menunggang dengan laju di kawasan tersebut.

“Mangsa kemudiannya terus ditampar dan dipukul oleh lelaki tersebut.

“Beberapa rakan lelaki tersebut turut datang dan memukul mangsa menggunakan kayu serta helmet di bahagian badan dan kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, mangsa kemudiannya telah menghubungi bapanya bagi meminta bantuan namun sebaliknya terjadi apabila turut dipukul kumpulan suspek tersebut, bagaimanapun, bapa mangsa hanya luka di bahagian tangan.

Shamsul Amar menegaskan, bertindak maklumat pihaknya menahan enam suspek berusia 17 hingga 45 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu pukul 11 malam tadi di sekitar daerah ini.

“Siasatan mendapati punca kejadian itu disebabkan remaja terbabit membunyikan ekzos motosikal dengan kuat.

“Hasil semakan juga mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI