fbpx

Selangor FC menang, Penang FC akur seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Selangor melakar kemenangan keempat Liga Super musim ini dengan menewaskan Melaka United 3-2 di Stadium Hang Jebat. - Foto Melaka United.

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Melaka United 3-2 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Karsten Neitzel itu terlebih dahulu ketinggalan hasil jaringan penalti Stefan Nikolic pada penghujung babak pertama.

Skuad Gergasi Merah berjaya menyamakan kedudukan hasil ledakan Ifedayo Olusegun pada minit ke-51 tetapi pasukan tuan rumah kembali mendahului menerusi jaringan Syamim Yahya lapan minit kemudian.

Selangor akhirnya bangkit daripada ketinggalan 1-2 untuk merentap ego Melaka apabila Olusegun menjaringkan gol kedua pada minit ke-70 sebelum pemain pertahanan, Syahmi Safari meledak gol kemenangan pada minit ke-88.

Melaka berusaha untuk bangkit tetapi keputusan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan.

Sementara itu, di Stadium MB Petaling Jaya, Petaling Jaya City (PJ City) merekodkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu Penang FC.

Gol jaringan The Phoenix dijaringkan oleh V. Ruventhiran pada minit ke-38 manakala Casagrande berjaya menyamakan kedudukan pada mint ke-48. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI