fbpx

Butang baju tercabut, tukang jahit juga yang dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Bila tiba musim perayaan, kita biasa mendengar keluhan orang ramai tentang kenaikan harga barangan bukan sahaja keperluan dapur, makanan dan minuman tetapi juga pakaian.

Meskipun tiada tanda daripada pihak berkuasa untuk membenarkan rakyat merentas negeri untuk berhari raya, namun orang ramai seolah-olah ‘balas dendam’ keluar membeli-belah untuk membuat persiapan raya.

Kenaikan harga pakaian turut dirasai ketika membuat tempahan pakaian baju Melayu atau pakaian tradisional wanita seperti baju kurung atau kebaya.

Jika sebelum ini, harga tempahan untuk sepasang baju Melayu dewasa adalah sekitar RM150 sepasang tetapi kini bertambah kepada RM180 sepasang dan lebih.

Begitu juga dengan tempahan pakaian wanita yang mana sebelum ini, penulis hanya membayar sekitar RM70 untuk sepasang baju kurung tetapi kini telah bertambah kepada RM150 sepasang.

Harga kain ela yang dibeli lebih jauh murah daripada harga tempahan pakaian.

Ini satu perniagaan yang berpotensi untuk jangka masa panjang kerana harga tempahan yang dikenakan oleh tukang jahit tidak dikawal oleh kerajaan dan mereka boleh meletakkan kadar upah mengikut keperluan sendiri.

Namun, pasaran untuk segmen pakaian yang ditempah tetap ada peminatnya, letaklah berapapun harganya meskipun ia naik setiap RM20 setiap tahun, pelanggan setia ini akan tetap membuat tempahan.

Seni halus, kreativiti dan ketelitian serta faktor sedap ketika dipakai adalah kunci kejayaan kepada kesetiaan pelanggan dan ia tidak akan terjejas ekoran persaingan sengit daripada jualan secara online atau jualan di butik atau pusat beli-belah.

Selain tempahan pakaian, permintaan terhadap perkhidmatan ‘alteration’ pakaian seperti memotong kaki seluar atau jubah dan menjahit lencana sekolah juga terus meningkat setiap tahun.

Jika dahulu upah memotong panjang jubah hanya sekitar RM7 hingga RM8 tetapi kini ia boleh menceah kepada RM18 sepasang, mengikut lokasi.

Tanpa disedari perniagaan ini bukan dipelopori oleh anak muda Melayu tetapi dikuasai ramai oleh warga asing yang berkemahiran.

Hanya beroperasi di sebuah lot kedai yang kecil dengan menempatkan dua buah mesin jahit, pekerjanya begitu sibuk menerima tempahan pelanggan dengan pelbagai masalah.

Sungguh beruntung mereka yang ada kemahiran menjahit kerana permintaannya terus meningkat.

Ini kerana, perubahan gaya hidup masyarakat yang begitu sibuk sehingga mereka tiada masa untuk menjahit atau mungkin ada juga yang tidak tahu langsung cara menjahit butang baju yang tercabut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI