fbpx

Rossi banyak ‘songeh’ dengan jentera YZR–M1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI masih bergelut dengan penggunaan komponen tayar pada jenteranya dan dijangka tidak berupaya untuk memecut 100 peratus pada GP Portugal malam ini.

PORTIMAO – Valentino Rossi gembira dengan persiapan yang dilakukan pasukannya, namun jaguh Itali itu masih berdepan masalah pada tayar terutama bahagian hadapan sekali gus dilihat tidak ber­upaya untuk memecut 100 pe­ratus pada Grand Prix (GP) Portugal malam ini.

Pada sesi latihan semalam, pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu hanya mencatatkan kedudukan ke-15 terpantas sekali gus dilihat perlu melakukan sesuatu untuk mencari penamat terbaik di Litar Antarabangsa Algarve malam ini.

Selepas dua pusingan perlumbaan di Qatar, juara dunia sembilan kali itu memulakan saingan kurang memberangsangkan apabila hanya meraih empat mata keseluruhan.

“Pada sebelah pagi, saya sedikit sukar kerana kami beraksi dengan dua keadaan berbeza iaitu basah dan separuh kering. Jadi sukar untuk kami mendapatkan catatan yang baik.

“Sesi latihan sebelah petang dilihat sedikit normal. Dengan penggunaan tayar yang baik saya dapat memperoleh catatan lebih positif.

“Selepas itu saya menggunakan komponen tayar lembut dan ia sedikit mengganggu ke­rana saya tidak boleh untuk menekan 100 peratus. Sebab itu keputusan saya tidak berapa baik,” kata Rossi.

Rossi turut berharap dapat perbaiki tunggangannya terutama di beberapa tempat di Litar Antarabangsa Algarve bagi membolehkannya memecut de­ngan lebih laju.

“Kami perlu atasi beberapa kelemahan terutama sistem brek kerana di beberapa kawasan saya menghadapi masalah. Saya harap minggu ini kami mampu memperoleh keputusan positif bersama pa­sukan,” ujar Rossi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI