fbpx

Dollah bangga meskipun Sri Pahang tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Sri Pahang, Abdul Malik Mat Arif (kanan) dihalang dua pertahanan JDT, Kunanlan Subramaniam dan Mauricio Dos Santos Nascimento pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin. – SHAIKH AHMAD RAZIF

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh enggan terlalu kecewa selepas tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.

Dua gol menerusi Leandro Velazquez dan Bergson Da Silva sudah cukup memadai untuk memastikan skuad Tok Gajah itu mengalami kekalahan keenam musim ini.

Bagaimanapun, Dollah tetap gembira sebab dapat melihat skuad kendaliannya menampilkan corak permainan berbeza berbanding aksi terdahulu.

Meskipun dibarisi rata-rata pemain muda, namun Pahang tetap memberikan saingan sengit sebelum pemain pertahanan, Ezanie Mat Salleh diarah keluar padang pada minit ke-69 selepas menerima kad kuning kedua.

“Walaupun tewas, namun saya tetap bangga kerana Pahang menunjukkan semangat juang tinggi, terutamanya pada separuh masa kedua meskipun berdepan pasukan seperti JDT.

“Selepas bermain 10 orang, kami masih berjuang untuk menjaringkan gol. Ketika kami ghairah memburu jaringan, JDT mengambil kesempatan jaringkan gol,” kata Dollah.

Beliau percaya Pahang sudah semakin hampir menemui rentak sebenar dan akan bangkit pada aksi menentang Penang FC minggu depan.

“Insya-Allah kita akan lihat permainan lebih mantap daripada Pahang pada perlawanan menentang Penang nanti. Bagaimanapun, ia pasti menjadi aksi sukar untuk kami.

“Saya tidak pasti apa keistimewaan Penang tetapi mereka sudah tunjukkan peningkatan dan catat keputusan positif. Boleh dikatakan mereka sangat menyerlah, cuma Pahang belum tunjuk apa-apa lagi,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI