fbpx

Pfizer saran suntikan dos ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menerima suntikan vaksin Pfizer/BioNTech di Gibraltar, Sepanyol pada 6 April lalu. – AFP

WASHINGTON – Ketua farmaseutikal Pfizer berkata dalam satu wawancara disiarkan kelmarin bahawa orang ramai ‘berkemungkinan’ memerlukan dos ketiga vaksin Covid-19 syarikat tersebut dalam tempoh setahun selepas divaksinaksi sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfi­zer, Albert Bourla juga berkata, vaksinasi tahunan terhadap koronavirus mungkin diperlukan.

“Senario yang mungkin berlaku adalah terdapat kemungkinan besar untuk keperluan dos ketiga, di antara tempoh enam hingga 12 bulan dan dari situ pula, akan ada vaksinasi semula setiap tahun. Bagaimanapun, keperluan tersebut perlu disahkan.

“Ia bergantung kepada kewujudan varian Covid-19,” kata Bourla dalam wawancara bersama saluran berita CNBC yang dirakam 1 April lalu.
Penyelidik-penyelidik pada ma­sa ini tidak tahu berapa lama vaksin dapat memberikan perlindungan terhadap koronavirus.

Pfizer menyiarkan satu kajian awal bulan ini yang menyatakan bahawa vaksinnya lebih 91 peratus berkesan terhadap Covid-19 dan lebih 95 peratus berkesan dalam memberi perlindungan terhadap kes Covid-19 serius sehingga enam bulan selepas dos kedua diberikan.

Bagaimanapun, penyelidik-pe­nyelidik berkata, lebih banyak data diperlukan untuk mengesahkan sama ada perlindungan yang diberikan berkekalan selepas enam bulan.

David Kessler yang merupakan ketua pasukan bertindak Covid-19 Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, memberi

amaran kelmarin bahawa rakyat AS perlukan dos penggalak (ketiga) untuk melindungi daripada varian koronavirus.

“Kami tidak tahu semuanya buat masa ini. Kami sedang mengkaji tempoh ketahanan tindak balas antibodi.

“Tindak balas antibodi kuat (selepas vaksinasi) tetapi sesetengahnya menjadi lemah akibat varian Covid-19.

“Justeru, kita perlu menjangkakan bahawa kita memerlukan dos penggalak,” katanya kepada Jawatankuasa Krisis Koronavirus Dewan Perwakilan.

Vaksin Pfizer yang dibangunkan dengan kerjasama firma Jerman, BioNTech kini memainkan peranan utama dalam kempen vaksinasi di AS dan Eropah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI