fbpx

Kenapa tahan yang diupah? Punca ialah yang mengupah – Bront Palarae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRONT PALARAE

PETALING JAYA – Pelakon Bront Palarae tampil mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahan hanya mereka yang ‘diupah’ terlibat dalam penggambaran sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kata Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin, 43, punca masalah ialah mereka yang mengupah bukannya yang diupah.

“Kenapa tahan yang diupah? Punca masalah ialah mereka yang mengupah (pelanggan/pemilik jenama),” ciapnya ringkas menerusi Twitter.

Terdahulu, lima lelaki dan tiga wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam penggambaran sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian.

Video berkenaan tular dalam media sosial sejak semalam sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, kesemua individu yang ditahan itu dipercayai terlibat sebagai pelakon, ejen artis, juruvideo, jurukamera, produser, pengarah dalam penggambaran video berkenaan.

Kesemua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI