fbpx

Cubaan seleweng gas LPG bernilai RM22,500 dipatahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri merampas 138 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah premis di kawasan kebun kelapa sawit itu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam di sini semalam.

Operasi kira-kira pukul 2.30 petang itu membabitkan rampasan 30 tong LPG 50 kilogram (kg) dan 108 tong LPG 14 kg serta beberapa peralatan untuk memindahkan gas yang keseluruhannya bernilai RM22,500.

Serbuan melibatkan 11 pegawai penguatkuasa itu dibuat susulan risikan serta maklumat awam berhubung kegiatan berkenaan.

Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, beberapa orang yang disyaki sedang menjalankan aktiviti penyelewengan gas bagaimanapun sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihaknya.

“Hasil serbuan mendapati, berlaku aktiviti penyelewengan gas LPG di dalam kawasan bertutup di kebun kelapa sawit terbabit.

“Modus operandi yang digunakan pula adalah dengan memindahkan gas LPG bersubsidi 14kg itu ke dalam tong gas industri bersaiz 50kg,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI