fbpx

MTC gesa kerajaan buka semula sempadan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uzaidi Udanis.

KUALA LUMPUR – Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) menggesa kerajaan untuk membuka semula sempadan negara secepat mungkin bagi memulihkan sektor pelancongan dengan kehadiran pelancong antarabangsa.

Presidennya, Uzaidi Udanis berkata, prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan juga perlu diperincikan dengan lebih jelas kepada pemain industri untuk memastikan mereka lebih bersedia apabila pembukaan sempadan negara dibenarkan.

“Jikalau dilihat, banyak negara telah bersedia untuk membuka sempadan, ternyata kita perlu belajar bagaimana untuk hidup dengan virus Covid-19 ini.

“Kami juga ada mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan isu pembukaan sempadan ini,” katanya pada sidang akhbar bantuan kepada penggiat industri pelancongan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, semuanya bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara di samping MOTAC juga banyak membantu dalam isu pelancongan ini.

“Saya yakin dengan pembukaan sempadan ini, industri pelancongan akan terus hidup,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI