fbpx

Jenazah penghantar makanan selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah tiba di Masjid Al Mukhlisin, Alam Damai untuk disembahyang sebelum dikebumikan.

KUALA LUMPUR- Jenazah pekerja penghantar makanan yang maut dihempap pokok tumbang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Mukhlisin kira-kira pukul 4 petang tadi.

Allahyarham Syed Izzat Izzudin dikebumikan selepas dimandi dan dikafankan di bilik mayat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/04/15/penghantar-makanan-maut-dihempap-pokok-tumbang/

Difahamkan, Allahyarham menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik HUKM kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Semalam, Allahyarham berusia 20 tahun maut dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat di Taman Len Seng, Cheras.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke sebuah stesen minyak berhampiran dalam keadaan hujan lebat.

Video berdurasi 18 saat memaparkan Allahyarham diusung orang ramai juga tular di laman media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI