fbpx
Beginilah keadaan mangsa dan motosikalnya selepas dihempap pokok tumbang di Taman Len Seng, Cheras, sebentar tadi.

[VIDEO] Rider maut dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang ketika hujan lebat dan ribut petir di Taman Len Seng, Cheras, di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian sekitar 4 petang itu, mangsa berusia 20 tahun yang bertugas sebagai penghantar makanan laut berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang ramai.

Terdahulu, tular video dan gambar mangsa dibantu orang ramai dalam keadaan hujan lebat menghala ke stesen minyak Petronas di Taman Len Seng sebelum dibaringkan di perkarangan kawasan itu.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu sekitar pukul 4.19 petang.

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras dikejarkan ke lokasi dan tiba pukul 4.28 petang.

“Bagaimanapun mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian,” ujarnya kepada Kosmo!

Jelasnya, pasukan bomba turut membantu memotong dan mengalihkan pokok tumbang bagi memastikan kawasan berkenaan dalam keadaan selamat. – K! ONLINE

POPULAR