fbpx

Lelaki OKU dibakar hidup-hidup ganti mayat orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki OKU dilaporkan diculik dan disumbat ke dalam keranda dalam skim 'pertukaran badan' kejam. - Pemberian Polis China

BEIJING – Seorang lelaki di China dijatuhi  mati selepas  didapati bersalah menculik, memberi dadah, mengurung dan membakar hidup-hidup mangsa yang merupakan orang  kelainan upaya (OKU) sindrom down, empat tahun lalu.

Menurut akhbar South China Morning Post  semalam, teruduh bernama Huang diupah oleh sebuah keluarga kaya  yang mahu menggantikan mayat saudara mereka untuk proses pembakaran mayat dalam skim ‘pertukaran badan’.

Mangsa,  Lin Shaoren, 36, diculik ketika mengutip sampah di tepi jalan pada 1 Mac 2017. Huang menculiknya dan memaksa dia menelan arak dalam kuantiti yang banyak.

Apabila Shaoren tidak sedarkan diri, dia dimasukkan ke  dalam sebuah keranda yang siap sedia untuk ke tempat pembakaran mayat bagi pihak waris keluarga yang mengupah Huang.

Menurut laporan, keluarga si mati enggan membenarkan mayatnya dibakar seperti  termaktub dalam undang-undang tempatan dan mahu mendiang dikebumikan bagi menuruti permintaan terakhirnya.

Huang dilaporkan menerima bayaran   £12,000 (RM68,234) bagi skim ‘pertukaran badan’ itu.

Shaoren disenaraikan sebagai orang hilang selama dua tahun sebelum keluarganya mendapati dia telah dibunuh pada November 2019 apabila polis menggunakan rakaman  televisyen litar tertutup (CCTV) untuk menyelesaikan jenayah itu, lapor Sohu News.

Huang dijatuhi  hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Shanwei pada September lalu. Dia membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Rakyat Guangdong tetapi ditolak pada Disember lepas.

Di sebahagian wilayah China terutama di bandar-bandar besar, majlis pengebumian adalah dilarang oleh kerajaan.

Pihak berkuasa berpendapat pembakaran mayat menjimatkan penggunaan tanah dan lebih mesra alam.

Namun banyak keluarga lebih selesa mengebumikan anggota keluarga mereka kerana kepercayaan agama bahawa ia adalah satu-satunya cara untuk mendiang mati dengan tenang. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI