fbpx

Ditangkap rentas negeri jumpa kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN Hyundai dinaiki suspek bersama teman wanitanya terbabas di Jalan Persiaran Utama S2/1 di sini selepas cuba melarikan diri daripada pihak polis kerana melakukan kesalahan merentas negeri tanpa permit pergerakan sah.

SEREMBAN – Tindakan seorang penagih dadah merentas negeri untuk berjumpa kekasih hatinya membawa padah apabila dia diberkas selepas dikejar polis dalam kejadian di Jalan Persiaran Utama S2/1 di sini semalam.

Kejadian pada pukul 4 petang itu berlaku apabila sebuah kereta peronda polis terserempak dengan kenderaan jenis Hyundai berwarna hitam dinaiki suspek bersama kekasihnya dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, lelaki itu enggan memberhentikan kereta ketika diarahkan sebelum cuba melarikan diri.

Katanya, anggota kemudian telah meminta bantuan tiga lagi kereta peronda untuk mengejar suspek.

“Ketika cuba melarikan diri suspek didapati telah melanggar lampu merah, membuat pusingan U tanpa kebenaran dan melanggar cermin sisi sebuah kereta lain sebelum terbabas.

“Pemeriksaan mendapati lelaki berusia 29 tahun itu datang dari Melaka untuk bertemu teman wanitanya berumur 21 tahun di Seremban tanpa mempunyai permit pergerakan sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ujian air kencing mendapati si lelaki positif syabu. Pasangan kekasih itu kini direman bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek lelaki tersebut disiasat di bawah Seksyen 342 Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melakukan pergerakan merentas negeri tanpa kebenaran, Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis. – K ! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI