fbpx
ROBIATUL ADAWIYAH (tengah) menunjukkan Durian Crepe Cheese Leleh by Rabi pada majlis pelancaran Virtual Online Bisnes Berjaya-Edisi Khas Nak Mula Berniaga (NMB) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Belajar ilmu online boleh berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Usahawan dan orang ramai yang sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan, boleh membina bisnes berjaya meskipun mula belajar secara online untuk mendapatkan ilmu keusahawanan yang terbukti berkesan.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, pihaknya telah melatih dan membimbing ramai usahawan yang dulunya hanya bermula dari rumah sehingga memiliki empayar bisnesnya sendiri.

“Salah seorang anak didik kami adalah Pengasas Durian Crepe Cheese Leleh By Rabi, Robiatul Adawiah Ibrahim yang hanya bermula dari rumah pada hujung 2018.

“Beliau mendapatkan ilmu berniaga secara online dan telah berjaya meraih hasil pendapatan kepada RM20,000 berbanding RM5,000 sebulan sebelum ini.

“Melalui bimbingan yang diberikan, beliau capai jualan berjumlah RM1 juta pertama dalam tempoh lapan bulan. Malah suku pertama tahun ini, jualan Durian Crepe mencecah RM1.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

RichWorks menyediakan latihan dan bimbingan kepada semua tahap usahawan iaitu bagi mereka yang baru mula berniaga hinggalah ke tahap yang sudah lama namun ‘tersangkut’ tanpa ada peningkatan.

Tambah beliau, kisah usahawan ini merupakan salah satu daripada ribuan bukti bahawa setiap orang sebenarnya boleh menjalankan bisnes yang memberikan hasil kepada mereka jika ada bimbingan betul.

“Apatah lagi dalam bulan Ramadan ini, jangan jadikan alasan untuk kita tidak meneruskan usaha sebaliknya.

“Lakukan terbaik dalam bisnes kerana ia adalah suatu bentuk ibadat.

“Bisnes ini juga membentuk jihad kerana menggiatkan pertumbuhan ekonomi bukan untuk diri sendiri saja, malah masyarakat dengan peluang menjana pendapatan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Radz menjemput usahawan yang mahu mendapatkan hasil lebih baik dalam bulan mulia ini untuk menyertai program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya – Edisi Khas Nak Mula Berniaga pada 23 – 25 April ini ditaja sepenuhnya RichWorks.

Sementara itu, Robiatul Adawiah yang merupakan bekas guru tadika memberitahu, sebelum ini beliau tidak melihat hala tuju perniagaannya yang berpotensi untuk berkembang disebabkan tiada ilmu keusahawanan.

Kini beliau mampu berkongsi rezeki bersama kira-kira 400 ejen dan 30 stokis bagi menjana pendapatan mereka.

Beliau hanya fokus menjual hanya satu produk ekoran nasihat Mentor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut, boleh layari www.BinaBisnesBerjaya.com.