fbpx

1.9 tan tepung gandum disimpan tanpa permit disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDNHEP Cawangan Timur Laut menyita 1.9 tan tepung gandum di sebuah premis di Teuk Kumbar, Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Timur Laut menyita 1.9 tan tepung gandum selepas didapati disimpan tanpa permit sah di sebuah premis membuat makanan di Teluk Kumbar di semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNHEP Timur Laut, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, sitaan dibuat selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan dan naziran kira-kira pukul 4.30 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati peniaga memiliki barang kawalan berjadual iaitu tepung gandum dengan kuantiti sebanyak 1,900 kilogram bernilai RM4,637 untuk membuat produk makanan.

“Peniaga telah diminta untuk mengemukakan permit menyimpan barang kawalan berjadual atau kebenaran bertulis dari KPDNHEP namun gagal berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI