fbpx

Sistem awan hibrid berupaya lindungi data

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imri memberi taklimat mengenai MyDIGITAL kepada Muhyiddin (duduk, tiga dari kiri) pada majlis itu, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Kerajaan melalui strategi ‘cloud first’ menyasarkan migrasi 80 peratus data awam ke sistem awan hibrid menjelang akhir tahun depan sebagai langkah memperkasa perkhidmatan pengkomputeran awan bagi sektor awam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, pihaknya bersedia sebagai peranan utama mempercepatkan transformasi digital kerajaan di bawah agenda MyDigital menerusi infrastruktur pusat data dan awan.

Katanya, penyediaan perkhidmatan bertaraf antarabangsa itu sebagai memenuhi keperluan agensi-agensi kerajaan yang memerlukan penyimpanan dan penempatan data sepenuhnya selain bertindak melindungi data peribadi rakyat.

“TM mempunyai keupayaan untuk melindungi dan menjaga  Infrastruktur Rangkaian dan Maklumat Kritikal (CNII) strategik di Malaysia.

“TM kekal komited membina rangkaian dan infrastruktur bersepadu yang kukuh di bawah pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan meningkatkan kecerdasan dan kemahiran digital rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancarannya yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Data Teras Lembah Klang (KVDC) TM ONE,  di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menyaksikan pemeteraian perjanjian antara TM dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Cloud Connect Sdn. Bhd. untuk Panel  Pengkomputeran Awan Berpusat TM dan Penyedia Perkhidmatan Terurus TM.

Muhyiddin juga menyerahkan Surat Pelantikan kepada TM sebagai CSP bagi kerajaan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI