fbpx

Selangor peruntuk RM650,000 perangi dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Fail. Penagih dadah yang dicekup dalam Ops Perdana baru-baru ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Kerajaan negeri serius membasmi gejala dadah dengan meluluskan peruntukkan sebanyak 650,000 dalam dalam melakukan kajian mengenai penagih dadah selain memperhebatkan operasi berkaitannya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan tersebut diluluskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Banteras Dadah pada minggu lalu.

“Ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelidikan dilakukan dengan mendapat lebih banyak maklumat mengenai dadah serta penagih dadah di Selangor.

“Selain itu, peruntukkan ini juga digunakan bagi memperbanyakkan operasi mengekang aktiviti dadah,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor, di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Kosmo! hari ini mendedahkan sebanyak 10,975 buah keluarga di Selangor berisiko terlibat dalam penagihan dadah ekoran tindakan ahli keluarga seperti bapa yang membawa anak kecil mereka ke sarang penagihan sekali gus melahirkan genetik dadah.

Amirudin memberitahu, beberapa agensi telah melakukan siri operasi di 13 buah kawasan panas melibatkan aktiviti penagihan dadah ini.

Jelas beliau, hasil operasi itu menemukan sarang penagih di sekitar Sabak Bernam dan Sunway Mentari, Petaling Jaya sebelum dimusnahkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor.

“Pada tahun lalu, kerajaan negeri merancang untuk melakukan saringan bersasar di beberapa buah sekolah dan 13 buah kawasan tersebut. Namun disebabkan pandemik Covid-19 yang berlaku pada, kami menunda rancangan tersebut,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI