fbpx

Real Madrid ‘raja’ El Clasico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA (kiri) menjaringkan gol pertama buat Real menewaskan Barcelona awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Gergasi Sepanyol, Real Madrid kembali membuktikan status dan kemampuan mereka untuk mempertahankan kejuaraan La Liga musim lalu pada saingan kali ini.

Real berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas musuh tradisi yang juga pencabar utama, Barcelona dalam pertembungan El Clasico pada aksi La Liga di Estadio Alfredo Di Stefano awal pagi semalam.

Lebih menarik, Real me­raih kejayaan itu tanpa bantuan dua tonggak pertahanan, Sergio Ramos dan Raphael Varane sebelum terpaksa mengeluarkan Lucas Vazquez kerana masalah kecederaan.

Ketua jurulatih Real, Zinedine Zidane menganggap tiga mata berharga itu adalah suntikan semangat terbaik buat anak-anak buahnya sebelum bertandang ke Anfield menentang Liverpool untuk suku akhir kedua Liga Juara-Juara pada Khamis ini.

“Kemenangan ini amat pen­ting buat kami selepas mengharungi dua perlawanan sukar tanpa ramai pemain utama. Hari ini beberapa pemain lain pula mengalami kecederaan.

“Ia sangat sukar berdasarkan situasi sekarang, namun kami masih berjaya menempuhinya dan membuatkan Real masih ‘bernyawa’ dalam kedua-dua kejohanan ini,” kata Zidane.

Sementara itu, Zidane enggan melayan rungutan pengendali Barcelona, Ronald Koeman yang mendakwa pengadil sengaja tidak memberikan sepakan pe­nalti kepada pasukannya.

“Jika pengadil tidak meniup wisel, ia bukan sepakan penalti. Kami sudah menang dan kemenangan ini bukan disebabkan bantuan pengadil,” jelasnya.

Sebagai rekod, dua gol Real dihasilkan oleh Karim Benzema dan Toni Kroos, manakala ja­ringan tunggal Barcelona diperoleh menerusi Oscar Mingueza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI